Terima kasih kerana melayari laman web kami, jika terdapat apa-apa pertanyaan, sila hubungi kami melalui email dengan mengisikan borang online di bawah:
Untuk mempercepatkan komunikasi anda juga boleh call/sms En. Samsudin melalui No +6012 -395 4067


KONTRAKTOR BINAAN
Salam sejahtera,Rata-rata pembinaan rumah burung walet ketika ini semakin rancak di seluruh pelusuk Malaysia. Industri ini terus berkembang maju untuk memecahkan sasaran lebih dari 10% yang pada ketika ini mampu di bekalkan sarang burung.Dengan perkembangan terkini yang baik memang tidak dapat di nafikan industri ini juga mendapat sokongan penuh dari pihak kerajaan Malaysia.Adakah anda tahu, suatu ketika dahulu, sarang burung walet yang mentah di jual dengan harga RM 70 untuk sekilo… Bayangkan ketika ini berlipat kali ganda. Itu pun ketika ini negara pembekal masih tidak dapat membekal keperluan penuh sarang burung walet yang mula di terima di negara selain dari China.Dengan khasiat sarang burung walet ini yang terbukti sangat baik kepada penggunanya, tidak hairan lah permintaan semakin tinggi.Di bawah adalah sebuah rumah burung walet yang di uruskan oleh kami, pada ketika artikel ini di tulis, dinding rumah sudah siap sedia untuk di mulakan.
Salam sejahtera,
Rata-rata pembinaan rumah burung walet ketika ini semakin rancak di seluruh pelusuk Malaysia. Industri ini terus berkembang maju untuk memecahkan sasaran lebih dari 10% yang pada ketika ini mampu di bekalkan sarang burung.
Dengan perkembangan terkini yang baik memang tidak dapat di nafikan industri ini juga mendapat sokongan penuh dari pihak kerajaan Malaysia.
Adakah anda tahu, suatu ketika dahulu, sarang burung walet yang mentah di jual dengan harga RM 70 untuk sekilo… Bayangkan ketika ini berlipat kali ganda. Itu pun ketika ini negara pembekal masih tidak dapat membekal keperluan penuh sarang burung walet yang mula di terima di negara selain dari China.
Dengan khasiat sarang burung walet ini yang terbukti sangat baik kepada penggunanya, tidak hairan lah permintaan semakin tinggi.
Di bawah adalah sebuah rumah burung walet yang di uruskan oleh kami, pada ketika artikel ini di tulis, dinding rumah sudah siap sedia untuk di mulakan.
Lokasi yang sesuai dan ideal sangat memainkan peranan untuk menentukan keberjayaan sesebuah rumah burung walet dengan kadar masa yang singkat.
Ada juga rumah burung yang di dalam jangka masa setahun sarang nya sudah mencecah 1000 sarang dan ada pula yang sebaliknya. Jadi keputusan hasil sesebuah rumah bergantung kepada USAHA tuan punya rumah kerana industri ini adalah suatu industri BIDANG USAHA. Walau bagaimana pun usaha di lakukan keputusannya membuatkan burung walet mahu masuk ke dalam rumah, menginap dan membuat sarang dengan cepat dan koloni berkembang semakin lama semakin besar.
Pembinaan Rumah Burung Baru
Di bawah pula adalah satu lagi projek pembinaan rumah burung walet yang terbaru yang di uruskan oleh kami di Miracles Walet Resources. Proses pembinaan memasuki fasa penyedian tapak. Kerja-kerja penyediaan tapak yang teliti memastikan pembinaan berjalan dengan lancar.
Bagi sesiapa yang berminat mengetahui bagaimana memulakan industri ini boleh hubungi kami untuk keterangan lebih lanjut.
Seterusnya… ingin bina rumah burung yang lebih dari 2 tingkat ? atau kurang dari 2 tingkat tetapi saiz yang besar sedikit ?
Persoalan ini mempengaruhi jumlah akhir kos membina sesebuah rumah burung. Jika anda membina lebih dari 2 tingkat, penyediaan tapak akan menjadi besar untuk menyediakan tapak dan asas bagi menampung bebanan bangunan 3 tingkat atau lebih.
Apa kata jika pembinaan rumah burung hanya 2 tingkat tetapi mempunyai saiz yang panjang sedikit. Ataupun rumah burung setingkat dengan saiz yang panjang. Hasilnya tetap sama dari sudut jumlah kawasan burung walet hendak bersarang pada kayu sirip bersarang. Tips nya kira keluasan kaki persegi. Rumah setingkat, 2 tingkat atau 5 tingkat pun tetapi dengan kiraan kaki persegi rumah 5 tingkat boleh jadi 2 tingkat.
Gambar di atas kerja-kerja penyediaan tapak di tapak projek yang baru sedang di jalankan. Apa-apa pun kami cadangkan tuan punya rumah yang baru hadiri kursus dahulu sebelum ingin membina rumah burung ini jadi ianya dapat mengurangkan masalah yang akan datang kelak.

Assalamualaikum kepada semua usahawan-usahawan dan bakal usahawan yang akan dan telah menceburi dunia industri Burung Walit Di Malaysia. Blog ini diwujudkan adalah untuk membina rangkaian industri yang mampu memberi pulangan lumayan seumur hidup jika kena pada caranya.
DULU
KINI
Contoh keratan akhbar sinar harian...ramai yang telah mengetahui industri ini dengan media-media massa dan elektronik telah mula menyiarkan potensi industri ini yang dahulunya didominasi oleh satu kaum sahaja dan dikatakan terlalu berahsia untuk menceritakan mengenai industri ini..kini ramai telah mula menceburinya...anda bila lagi...
Kerajaan juga telah sedar akan potensi industri ini..kini setiap tahun dalam bajet tahunan telah dimasukkan peruntukan jutaan ringgit untuk membantu industri ini berkembang dengan baik...cuma diharap pemantauanmya lebih berkesankeratan akhbar kosmo...diharap kerajaan dapat mencari jalan yang terbaik untuk memberikan lesen kepada pengusaha industri ini..janganlah mendengar pandangan sesetengah pihak atau satu kaum sahaja..kini industri ini telah mula berkembang dan ramai kaum bumiputera dan kaum India telah menceburi bidang ini..jadi penyelesaian dalam sesuatu isu harus mendengar pandangan yang lain juga..persatuan dalam industri ini juga banyak diketuai oleh satu kaum sahaja yang mana akan menjaga kepentingan mereka sahaja....justeru, pandangan semua orang yamh terlibat harus lah didengar dan diperhalusi sebelum keputusan dibuatkan
Pada umumnya untuk membuat pemilihan lokasi untuk membina rumah burung walet memerlukan pemerhatian yang teliti. Jika tidak akan memberikan jangka masa return of investment (ROI) yang agak panjang dan dari segi kos penyelenggaraan juga perlu di ambil kira bagi senggaraan harian rumah burung ini.
Secara am nya pemilihan lokasi adalah seperti di bawah:
Walaupun lokasi di atas adalah tidak wajib tetapi dengan memilih lokasi seperti di atas, melalui pengalaman pemilik rumah burung walet yang lain, burung walet dapat menghasilkan sarang burung yang lebih berkualiti kerana seperti habitat asalnya yang berada di dalam gua.
Setelah mengenal pasti lokasi seperti ini anda perlu melakukan bird call test ataupun ujian panggil burung walet di lokasi tersebut untuk menentukan samada lokasi tersebut melepasi suatu tahap yang optimum. Tahap yang optimum ini merangkumi jumlah secara kasar burung walet yang bertindak balas dengan melakukan bird call test ini.
Untuk melakukan bird call test ini anda perlu menggunakan peralatan yang sesuai yang juga mudah alih untuk memainkan suara ujian burung walet. Ciri-ciri asasnya, peralatan ini dapat menggunakan bekalan kuasa dari punca 12 volt kenderaan anda dimana tapak ujian tidak mempunyai bekalan elektrik.
Peralatan ini boleh dihubung kan kepada tweeter piezo yang siap sedia di pasangkan dengan ‘kapasitor’ untuk memastikan jangka hayat tweeter piezo ini lebih panjang kerana penggunaan alat amplifiers yang berkuasa tinggi membuatkan tweeter piezo ini tidak dapat menampung kuasa yang masuk ke tweeter piezo ini. Secara tak langsung menggunakan ‘kapasitor’ dapat menjimatkan kos penyelenggaraan anda terutama jika anda menggunakan jumlah tweeter piezo yang banyak.
Kami ada menjual alat gadget untuk melakukan Bird Call Test atau alat untuk menguji burung walet di lokasi sebenar. Layari laman produk untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut dan cara memesan dari kami.
Selain dari peralatan gadjet ini, anda juga memerlukan rakaman suara burung walet khas untuk membuat ujian ini. Terdapat pelbagai jenis suara burung walet yang boleh anda dapati dimana-mana melalui pembelian di internet.
Kami amat menyarankan anda untuk memiliki sendiri alat gadjet untuk bird call test ini kerana ianya dapat di gunakan berulang-ulang kali semasa membuat pemerhatian ke lokasi baru yang anda ingin bina rumah burung ataupun semasa anda ingin menggunakan suara panggil burung walet yang baru sebelum menggunakan sepenuhnya pada rumah burung walet anda.
Setelah anda telah menyiapkan alat gadjet ini seterusnya anda perlu mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk melakukan bird call test ini.
Ada yang mengatakan pada sebelah awal pagi sekitar jam 7.00 pagi kerana pada ketika ini burung walet akan bermain pada permukaan air dan ada juga yang melakukan sekitar jam 7.00 petang iaitu pada ketika ini burung walet hendak pulang ke sarang untuk berehat.
Di bawah adalah 2 contoh video melakukan bird call test pada sekitar jam 7.00 petang.
Semasa suara ujian di mainkan anda perlu untuk memastikan beberapa faktor seperti di bawah:
Di atas adalah antara faktor penting yang perlu anda perhatikan semasa melakukan bird call test atau melakukan ujian panggil burung walet ke lokasi yang telah anda pilih.
Mengikut kata dari pakar mengenai burung walet ini, jika jumlah burung walet yang muncul semasa ujian ini di lakukan adalah sedikit, anda perlulah membuat beberapa ujian sebelum menentukan tapak yang anda pilih adalah tapak yang sesuai untuk membina rumah burung walet anda.
Jika jumlahnya masih tidak optimum, maka anda perlu lah menimbangkan kembali keputusan anda untuk membina rumah burung walet anda di situ. Jika jumlah burung walet yang muncul adalah sedikit, anda masih boleh membina rumah burung anda tetapi mungkin return of investment (ROI) anda akan mengambil masa yang panjang.
Untuk mendapatkan alat gadjet bird call test ini, sila layari laman produk kami untuk mengetahui bagaimana ingin memesannya.